Jika sebelum ini, Bank Dunia menyasarkan pertumbuhan negara berupaya mencapai 4.3% pada tahun ini, namun kesan ketidaktentuan permintaan luar dilihat telah membawa kepada jangkaan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih rendah iaitu kepada 3.9% bagi tahun 2023.
Makluman yang dikongsikan pada laporan terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Oktober 2023 sekaligus lebih rendah berbanding sasaran awal pertumbuhan negara yang disasarkan.
Penurunan ini turut didorong kesan cabaran utama yang diperhatikan sedang berlaku dalam ekonomi dunia – menyebabkan ruang fiskal negara dilihat lebih terhad, menimbulkan kebimbangan dalam perluasan pertumbuhan dan jaringan keselamatan sosial. Tambahan, Malaysia turut disarankan meningkatkan kecekapan perbelanjaan melibatkan pencen, subsidi bahan api serta kutipan cukai untuk imbangi semula perolehan negara.
Malah kadar kemiskinan di negara dilihat masih tidak kembali ke paras sebelum pandemik COVID-19 dengan paras kemiskinan mutalak berada di 6.2% pada 2022 dan didapati hampir 490,000 isi rumah di Malaysia terus berada di bawah paras kemiskinan negara.
Namun usaha ini dijangka akan lalui pemulihan menurut Bank Dunia sekiranya dasar baharu diperkenalkan pentadbiran negara. Antaranya potensi ini dapat diraih melalui inisiatif PADU yang bakal tersedia pada tahun hadapan dan memungkin tahun 2024 pertumbuhan negara mengapai 4.3% perkembangan.