Artikel

Bask Bear Coffee Rancang Buka 100 Cawangan Setahun

Sejak dilancarkan pada tahun 2021 dengan beroperasi secara pesanan atas talian sahaja, kini Bask Bear Coffee ingin perluas jejak cawangan fizikalnya di seluruh pasaran negara apabila merancang membuka 100 cawangan pada setiap tahun.

Mengikut perancangan jenama disebalik syarikat induk Loob Holding, langkah itu adalah bertujuan memperkukuhkan lagi permintaan Bask Bear Coffee di pasaran negara. Perluasan itu telahpun dimulakan ketika tempoh pandemik COVID-19 apabila pihak induk telah mengintegrasikan Bask Bear Coffee sehingga 300 cawangan TeaLive.

Namun kini perluasan cawangan fizikal berasingan telah mula diperkukuhkan, di mana Bask Bear Coffee telah berjaya memiliki 100 cawangan di negara. Secara menyeluruh jenama telah memiliki rangkaian sebanyak 220 cawangan, termasuklah 120 secara maya dan Bask Bear Supreme.

Selanjutnya, jenama juga turut berhasrat meluaskan lagi perkembangan jenama mereka ke pasaran luar negara sebaik sahaja telah mencapai 300 cawangan di pasaran Malaysia.