Untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti pembelian minyak masak berpaket terus dapat dimanfaatkan kepada kumpulan bersasar, mulai tahun hadapan 2024 – kad ID khas bakal diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi penuhi pelaksanaan tersebut.
Makluman ini mengikut Timbalan KPDN pada kenyataan medianya memaklumkan hanya pihak yang memiliki ID (pengenalan diri) dan disahkan layak sahaja boleh meraih akses pembelian minyak masak paket bersubsidi tersebut.
Aturan ini sekaligus menjelaskan pihaknya tidak akan menggunakan aplikasi MySejahtera berikutan terdapat isu dapat membezakan pengelasan isi rumah di Malaysia. Ini kerana keperluan keluarga tidakk sama dengan keperluan peniaga kecil dan sudah semestinya golongan T20 tidak akan layak dapat penerimaan akses ini.
Ketika ini, kerajaan telah mengeluarkan sekitar 60 juta paket minyak masak bersubsidi setiap bulan maka melalui pendekatan kawalan berkenaan ia akan membantu pentadbiran memastikan bekalan kekal mencukupi untuk semua pihak yang layak.
Buat masa ini didapati seramai 5.8 juta isis rumah golongan M40 dan B40 sudah dikenalpasti dan layak menerima akses tersebut dan dijangka terdapat penambahan sekitar 1 juta pengguna melibatkan usahawan mikro kalangan peniaga kecil makanan akan turut serta pada manfaat itu.