Untuk merealisasikan sasaran mengurangkan kebergantungan kadar import terhadap bawang merah dalam pasaran negara, Institus Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini dalam usaha menjalankan tinjauan penanaman bawang untuk bantu negara tingkatkan pengeluaran tanaman.
Buat pengetahuan umum, usaha kajian ini telah dilaksana sejak 1970-an lagi melibatkan potensi bawah besar di tanah alluvium atau tanah bris (1993), kajian keperluan nutrisi bawang merah di tanah bris (1994) dan di tanah gambut (1998). Selain itu pembangunan melibatkan teknologi pengeluaran bawang dalam produktiviti, tanaman dan isu perosak serta strategi pemasaran juga turut diteliti.
Ketika ini terdapat 3 varieti bawang merah telah dilaksanakan yang dijangka berpoensi membuahkan hasil yang tinggi pada permintaan pasaran negara. Secara menyeluruh, Malaysia telah mengimport bawah merah segar kebanyakkan daripada India (62%), Belanda (15%), China (9%), Pakistan (8%), Tahiland (2%), Mesir (2%) dan lain negara (2%).
Dan untuk tahun 2022 sahaja, jumlah import bawang bagi ketiga jenis iaitu besar, kecil dan putih membawa kepada jumlah RM1.58.9 juta – di mana terus meningkat sebanyak 9% daripada RM1,477.6 juta pada tahun 2021.