Artikel

Selain Subsidi Gaji, Insentif Kos Latihan Pekerja Perlu Diteliti Selama 5 Tahun – FMM

Selari dengan pengenalan Dasar Gaji Progresif, antara tumpuan lain yang wajar dipertimbang pentadbiran negara adalah melibatkan kos latihan pekerja bersama subsidi gaji sekurangnya selama 5 tahun bagi menyokong kumpulan majikan untuk menampung keperluan dalam arena ekonomi. 

Aturan ini menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) pada laporan tidak hanya membantu majikan meningkatkan kemahiran pekerja dalam pelbagai peranan tetapi mempercepatkan proses memajukan status kerjaya pekerja senada dengan matlamat produktiviti negara. 

Adanya pertimbangan tersebut, ini turut beri kelebihan kepada kumpulan majikan meraih hasil yang lebih membrangsang daripada kualiti pekerja yang baik. Malah kumpulan PKS turut dapat memantapkan lagi sumber mereka dalam operasi syarikat. 

Setakat ini, pelaksanaan Dasar Progresif Gaji telah mendapat kelulusan diperingkat Kabinet dan dimaklumkan akan diperincikan pada pembentangan Belanjawan 2024 kelak. Menurut FMM pihaknya masih menanti penjelasan lanjut berikutan dasar tersebut tiada perincian sebenar kepada kalangan pemain buat masa ini.