Artikel

Sarawak Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma – Mulai 2026

Bermula tahun 2026, Sarawak menjangkakan akses pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri dapat dilaksanakan untuk kemudahan anak negeri. 

Usaha ini dapat direalisasikan berikutan kekuatan status ekonomi Sarawak dilihat terus mengukuh, membawa kepada kemampuan untuk menambahbaik sistem pendidikan mereka. Menurut Premier Abang Johari pendapatan negeri 2022 telah meningkat, alami pertambahan  sehingga RM12 bilion. Disasarkan angka itu akan lebih meningkat pada tahun 2023 ini. 

Matlamat ini turut disokong akan perolehan dana berdaulat, yang turut membantu Sarawak meningkatkan lagi peruntukan dalam segmen pendidikan negeri secara berfasa melalui pemerkasaan pelaburan dalam pelbagai sektor.