Artikel

Isu Caj DuitNow QR : BNM Akan Teliti Pada Sidang NACCOL Selasa Ini

Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa peniaga tidak akan terkesan akan pengenaan caj transaksi melibatkan pembayaran pada DuitNowQR bersama  bank utama dan penyedia khidmat kewangan bukan-bank ketika ini, namun isu tersebut akan terus dperincikan lagi pada sidang Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) pada Selasa ini (3 Oktober).

Agenda itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melibatkan penyertaan BNM, bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Di mana pihaknya akan meneliti kesan ke atas peniaga dan pengguna susulan tindakan caj tersebut kelak. Buat pengetahuan umum, ketika ini hampir 1.9 juta pengguna menggunakan DuitNow QR.

Caj transaksi itu dikhuatiri tidak sekadar memberi kesan kepada peniaga tetapi turut akan memperlahankan lagi usaha digitalisasi negara sepertimana yang dirangka pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI). Maka perbincangan susulan akan disemak secara bersama untuk memperkasakan lagi arena ekonomi digital negara.