Artikel

Tabung Haji Sasar Lebih 50% Rakyat Beragama Islam Miliki Akaun TH – Menjelang Akhir 2024

Sehingga Ogos 2023, terdapat lebih 45% daripada 18 juta umat Islam di Malaysia telahpun membuka akaun bersama Lembaga Tabung Haji (TH). Melalui aliran yang positif itu, dijangka lebih 50% rakyat beragama Islam di negara bakal memiliki akaun TH menjelang akhir 2024 kelak. 

Jelas TH, ketika ini pihaknya memiliki hampir 9 juta pendeposit dengan jumlah tabungan lebih RM89 billion – menjadi tertinggi sejak penubuhannya 60 tahun lepas. Perkembangan ini menurut TH pada sidang sambutan ulang tahunnya hari ini disumbang susulan pengurusan haji dan dana patuh syariah telah meluas di seluruh negara. 

Maka melalui matlamat perluasan penyertaan umat Islam di negara, ia berpotensi membantu TH mencapai sasaran saiz dana RM100 bilion menjelang tahun 2024. 

Sementara melibatkan pengurusan jemaah haji pula, berdasarkan perkembangan operasi TH kini telah menguruskan 1.5 juta jemaah haji di negara untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima dan telah membelanjakan sekitar RM2.5 bilion dana Bantuan Kewangan Haji untuk meringankan beban bakal haji negara sejak tahun 2001 lagi.