Artikel

Kecederaan Pekerjaan Di Malaysia Melonjak – Naik 58.9% Pada 2022

Catatan kecederaan pekerjaan di Malaysia ternyata semakin tinggi, apabila tahun 2022 merekodkan peningkatan 58.9% kepada 34,216 kes keseluruhan. Angka ini lebih tinggi berbanding tahun lalu. 

Data di bawah Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara ini memperincikan jumlah kes kecederaan pekerjaan tersebut merangkumi kecederaan pekerjaan bukan maut, kecederaan pekerjaan maut, penyakit dan keracunan pekerjaan. 

Berlandaskan pecahan, diamati kadar kecerderaan pekerjaa bagi setiap 1,000 pekerja di negara telah meningkat kepada 2.22% berbanding 1.43% pada tahun 2021. Di mana  kategori kecederaan pekerjaan maut melibatkan jumlah kes 33,899 rekod. Sementara kecederaan pekerjaan maut pula alami kenaikan kepada 317 kes

Bagi kecederaan pekerjaan mengikut penyakit dan keracunan pula mencatatkan jumlah kes sebanyak 7,143 rekod. Jumlah ini untuk makluman direkodkan susulan akibat pendedahan daripada bahan berbahaya dan persekitaran pekerjaan yang tidak selamat. Angka kes ini telah meningkat dari tahun ke tahun sejak 2015.

Mengikut demografi pula, didapati dua pertiga kes kecederaan pekerjaan melibatkan lelaki (84.2%) berbanding pekerja wanita (15.8%). Begitu juga pada kategori kecederaan pekerjaan maut – lelaki dominasi peratusan dengan 98.1% dan pekerja wanita 1.9%

Keadaan ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didorong atas jenis pekerjaan itu sendiri, yang lebih terdedah akan sebarang risiko dan tahap kesukarannya lebih tinggi. Ini dapati diperhatikan peningkatan kemalangan tinggi dalam sektor Perkhidmatan, Pengilangan, Pembinaan dan Borong & Runcit. 

Seterusnya berdasarkan faktor usia, kebanyakkan kes melibatkan pekerja berumur di bawah 45 tahun dengan peratusan hampir 70.1% (23,976 kes). Akan tetapi apabila melihat pada kadar kecederaan pekerjaan dan kecederaan pekerjaan maut – didapati kumpulan usia 60 tahun-64 tahun mendominasi kadar in disebabkan faktor kesihatan mereka. 

Perbandingan mengikut negeri pula, Selangor kekal ungguli kedudukan pertama selaku negeri yang merekod tahap kemalangan pekerjaan tinggi, diikuti Johor dan Perak.