Artikel

Malaysia Di Tangga Ke-36 Indeks Inovasi Global 2023 – Kekal Terajui Eksport Berteknologi Tinggi

Negara terus kekalkan kedudukan pada tangga ke-36 untuk Indeks Inovasi Global 2023 daripada 132 buah negara dunia, mengikut pemerhatian World Intellectual Property Organization (WIPO).

Walaupun kekal, prestasi inovasi Malaysia dilihat semakin rancak apabila berjaya meningkatkan mata usaha kepada 40.9 skor berbanding 38.7 skor pada tahun lalu. Lebih menarik, selaku negara berpendapatan atas – Malaysia menjadi negara kedua dalam kategori tersebut paling berinovatif selepas China. Ini dapat diperlihat apabila negara berjaya mengungguli kedudukan pertama dalam subindikator high-tech exports serta creative goods exports.

Malaysia juga diperhatikan alami peningkatan prestasi dalam usaha subindikator graduates in science & engineering. Kedudukan ini sekaligus memperlihatkan corak inovasi Malaysia semakin meluas di persada antarabangsa.

Tidak hanya itu Malaysia juga berada di kedudukan ke-2 pada kategori ASEAN selepas Singapura. Kekal atasi beberapa negara Asia yang lain seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Secara menyeluruh, negara alami lonjakan prestasi dalam 5 tunjang indeks daripada 7 berbanding tahun lalu -ianya adalah;

  • Institusi (29)
  • Modal Insan dan Penyelidikan (32)
  • Kecanggihan Pasaran (18)
  • Kecanggihan Perniagaan (36)
  • Sumber Pengetahuan dan Teknologi (37)