Mengikut penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism – harga runcit produk petroleum bagi minggu baharu iaitu tempoh 28 September sehingga 4 Oktober 2023 ini – didapati harga kesemua minyak kekal di paras minggu lalu.
Bersama nilai harga runcit petrol RON97 kekal di paras RM3.47 seliter, diikuti RON95 kekal paras siling RM2.05 seliter dan Diesel kekal pada paras siling RM2.15 seliter.
Pengekalan ini menurut MOF bertujuan untuk lindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar minyak di pasaran global. Aturan itu dilaksanakan melalui inisiatif siling yang ditetapkan pada RON95 dan Diesel meskipun kedua harga sebenar pasaran melebihi dari paras tersebut.
Selanjutnya, bagi menjamin kebajikan pengguna – pentadbiran akan terus laksana pemantauan kesan perubahan semasa harga minyak mentah dunia dan akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk menjamin kesejahteraan pengguna kekal dipelihara.