Artikel

Dasar Gaji Progresif : Majikan Penuhi Keperluan, Akan Terima Insentif Tunai

Untuk memastikan pelarasan gaji di pasaran pekerjaan Malaysia kekal seimbang, sokongan daripada pihak majikan amat diperlukan bagi merealisasikan matlamat Dasar Gaji Progresif di negara. Pada usaha itu, majikan akan menerima insentif tunai sekiranya operasi memenuhi keperluan dasar yang ditetapkan.

Tindakan insentif tunai ini menurut Kementerian Ekonomi hanya akan dilaksanakan setelah pembuktian melalui dokumen berkaitan dibuktikan oleh pihak majikan. Maka barulah kerajaan boleh bertindak membayar insentif sedemikian.

Langkah yang dikongsikan pada sesi penggulungan usul KSP RMK-12 semalam di sidang Dewan Negara ini – adalah bertujuan untuk mengalakkan majikan sertai Dasar Gaji Progresif, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Difahamkan peruntukan insentif itu akan ditentukan kelak dan ia akan diseimbangkan melalui beban kewangan yang didepani pentadbiran negara ketika ini. Setakat ini inisiatif Dasar Gaji Progresif telahpun diluluskan di peringkat kabinet dan perinciannya akan dibentang pada Belanjawan 2024, 13 Oktober kelak.