Artikel

Ringgit Susut, RM4.70 Berbanding Dolar AS

Pagi ini jam 9.15, dagangan dibuka memperlihatkan nilai Ringgit telah menyusut kepada 4.7050/7095 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding penutupan semalam kepada 4.6875/6915. 

Situasi itu pada pengamatan laporan peniaga ActivTrades didorong hasil sentimen mengalakkan dalam sokongan mata wang AS. Malah dijangka perbendaharaan AS (Fed) akan terus meningkatkan kadar faedah di pasaran.

Selain AS, berbanding mata wang Asia yang lain ringgit turut diniagakan rendah – di mana nilai ringgit menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.9038/9211, diikuti rupiah Indonesia kepada 303.6/304.1, peso Filipina kepada 8.25/8.27 dan dolar Singapura kepada 3.4353/4391. 

Buat pengetahuan umum, selama dua hari berturut sebelum ini, nilai ringgit dibuka pada paras 4.68 dan sememangnya dijangka akan bergerak pada julat yang lebih rendah – tidak hanya kesan pelarasan kadar faedah AS yang berpanjangan tetapi turut meliputi kebimbangan pelabur akan ketidaktentuan pasaran China.