Artikel

Malaysia Sasar Iktiraf 5 Bandar Pintar – Menjelang 2025 

Beberapa tahun mendatang, negara melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk iktiraf sekurangnya 5 bandar pintar menjelang 2025.

Agenda ini akan didasari berasaskan petunjuk piawaian antarabangsa Bandar Mampan dan Komuniti 2019 bagi pembangunan bandar pintar.

Buat pengetahuan umum, antara kriteria bandar pintar yang diperlukan adalah memiliki teknologi maklumat dan komunikasi teknologi termaju, diikuti berupaya menangani isu cabaran pembandaran, akses ekonomi yang mampan, pengurusan bandar yang efektif bersama kualiti persekitaran yang baik.

Lebih terperinci lagi, pembangunan bandar pintar ini turut akan memperlihatkan ketersediaan negara dalam penerapan khidmat digital tidak sekadar khidmat swasta tetapi turut meliputi awam, masyarakat nirtunai (tanpa tunai), kecekapan pengangkutan awam termasuklah startegi bandar depani sebarang bencana.

KPKT

Setakat ini kerajaan sedang meneliti 85 indikator yang perlu dipenuhi MS ISO dan dijangka dapat diselesaikan dalam baki lebih 2 tahun ini untuk capai sasaran tersebut. Pada masa yang sama ketika ini, sebuah akta membangunkan semula bangunan lama sedang diteliti. Aturan itu dilihat berpotensi membantu Malaysia memajukan persekitaran pembangunan di bandar negara.

Berdasarkan usaha yang sama, selain Malaysia didapati Indonesia dan Filipina turut dalam usaha ke arah membangunkan bandar pintar buat masyarakat Asia.