Sekiranya awal September tahun lalu, Gardenia telah menaikkan segelintir harga produk rotinya berikutan tekanan kos – kini tindakan yang sama bakal dilaksanakan mulai 1 Oktober kelak ke atas beberapa produk terpilihnya. Dijangka kenaikan itu akan melibatkan peningkatan harga antara RM0.10 sehingga RM0.40 sen.
Ini antara produk Gardenia yang bakal alami kenaikan harga:
- Gardenia Numee
- Gardenia Fluffy Buns
- Gardenia Puazz
- Gardenia QuickBites
- Gardenia Double Choc Muffins
- Gardenia Twiggies
- Gardenia Squiggles
Namun para pengguna ditegaskan, kenaikan tersebut tidak akan berlaku ke atas produk asas yang memiliki permintaan tinggi pengguna. Iaitu melibatkan harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em. Ini bermakna produk sedemikian kekal diharga asal.
Tindakan itu bertujuan untuk memastikan penetapan harga tersebut tidak membebankan majoriti pengguna mereka dan tidak menjejaskan keperluan makanan mereka di pasaran. Maka semua pengguna tidak perlu khuatir, pelarasan ini hanya tertakluk kepada sebahagian produk sahaja.