Artikel

SC, SME Corp Bekerjasama Pacu Akses Pembiayaan Pasaran Modal PMKS

Menyedari peranan perushaaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia adalah tinggi dalam sektor ekonomi, dengan sumbangan 38% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 48% daripada jumlah guna tenaga setakat tahun 2022 – Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini bertindak tingkatkan akses pembiayaan pasaran modal dalam kalangan kumpulan ini.

Kebersamaan dengan SME Corp selama 3 tahun ini, akan bertindak membantu PMKS meraih manfaat pasaran modal di samping memiliki kemampanan dalam tadbir urus korporat operasi mereka. Pada aturan itu, kedua pihak menyasarkan untuk wujudkan sekitar 200 PMKS bersedia depani pasaran modal menjelang 2026.

Melalui usaha ini, ia akan membantu sesebuah perniagaan meraih sokongan untuk jangka masa panjang. Ia tidak sekadar untuk produktiviti operasi tetapi turut meluaskan jejak PMKS di rantau permintaan perdagangan.