Artikel

Kos Barang Di Peringkat Pengeluar Terus Menurun, Catat -2.4% – Bagi 8 Bulan Pertama 2023

Kos barang di peringkat pengeluar yang diteliti berlandaskan Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) kini terus memaparkan penurunan selama 8 bulan pertama 2023. Sepanjang prestasi itu, kos di peringkat pengeluar telah menurun kepada -2.4%, disusuli penurunan sebanyak -1.8% berlaku pada Ogos 2023.

Penurunan ini menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diperhatikan disumbangkan oleh pengurangan kos berlaku dalam pasaran melibatkan sektor Perlombongan (-3.8%), Pembuatan (-2.3%), Bekalan Elektrik & Gas (-1.0%), serta Pertanian, Perhutanan & Perikanan pula meningkat (2.9%), diikuti Bekalan Air turut meningkat (2.5%).

Manakala perbandingan bagi negara terpilih pula, kos pengeluar di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 1.6%, diikuti Jepun 3.2%. Sementara Thailand turut -3.1%, Jerman (-12.6%), China (-3.0%).

Buat pengetahuan pembaca, IHPR adalah pengukuran purata perubahan harga yang dikenakan pengeluar barangan dalam sesebuah industri. Ini bermakna harga pengiraan di bawah IHPR hanya merujuk kepada harga yang diterima pengeluar pada peringkat pertama pengkomersialan.

Ia tidak meliputi cukai tidak langsung seperti cukai eksais, cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta caj pengangkutan yang dikenakan secara berasingan oleh pengeluar. Ini secara langsungĀ  menjelaskan terdapat kesukaran penurunan harga ke atas pengguna direalisasikan di pasaran.