Artikel

KKM : Caj Khidmat Klinik Kesihatan Kekal RM1, Tiada Kenaikan Dilaksanakan

Kebajikan dalam sektor kesihatan adalah antara keutamaan yang penting buat kesejahteraan penduduk Malaysia, menyedari keperluan ini – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan pihaknya tidak pernah menaikkan sebarang caj perkhidmatan klinik kesihatan (KK) ke atas pengguna dan tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berhubung sebarang kenaikan caj terbabit.

Ini bermakna caj khidmat KK kekal diparas RM1, tidak alami sebarang peningkatan.

Penegasan ini dimaklumkan, susulan terdapat perkongsian maklumat palsu yang telah berlaku berhubung pelarasan caj perkhidmatan tersebut. Ini sekaligus mewujudkan kekeliruan pelbagai pihak.

Oleh itu, semua pihak diminta lebih berhati-hati dalam perkongsian maklumat. Tindakan sedemikian berupaya memberi kesan kepada semua pihak, khususnya fahaman kepada golongan yang memerlukan.