Menyedari kesan pengeluaran tidak melandaikan impak pelepasan karbon pada persekitaran, LEGO – penyedia set permainan bata global yang berpangkalan di Denmark kini memaklumkan pihaknya menghentikan projek penghasilan produk menggunakan botol minuman kitar semula.
Langkah ini diambil setelah hasil penyelidikan firma tersebut dapati, penghasilan produk tersebut memberi kesan yang lebih tinggi sepanjang hayat.
Di mana sekiranya pihak LEGO ingin menggunakan bahan plastik PET, maka keperluan tambahan diperlukan seperti bahan sokongan yang perlu tingkatkan kualiti ketahanannya, keselamatan dan kuantiti tenaga yang besar untuk proses dan mengeringkan ia. Aturan ini secara langsung tidak mengurangkan usaha pelepasan karbon yang ingin dicapai operasi.
Sebelum ini bermula 2021 pihaknya mengumumkan sedang laksana penelitian sama ada plastik polietilena tereftalat atau PET ini boleh dijadikan bahan menggantikan penggunaan akrilonitril butadiena stirena (ABS) yang berasaskan minyak, yang ketika ini digunapakai operasi.
Menurut laporan Financial Times meskipun LEGO menghasilkan sekitar 4,400 batu bata yang berbeza namun kebanyakkannya menggunakan bahan ABS ini.
Susulan kesukaran itu, kumpulan LEGO akan bertindak menggunakan alternatif bahan lain bagi menyelesaikan isu penghasilan produk lestari pada jenama permainan mereka.