Artikel

Aplikasi MySejahtera Diteliti, Salur Subsidi Bersasar

Bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar dapat dilaksana dengan teratur, beberapa pendekatan kini diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) antaranya menerusi aplikasi MySejahtera. 

Jelas MOF pada sidang Dewan Negara, penelitian itu dijalankan untuk tujuan menghindari berlakunya keciciran agihan bantuan. Selain menyemak pendekatan menggunakan aplikasi tersebut, terdapat juga beberapa medium pendekatan lain turut diteliti. 

Seperti yang umum ketahui, aplikasi MySejahtera adalah medium negara untuk memantau pengurusan COVID-19 dan kini menjadi satu aplikasi kesihatan awam sehenti buat penduduk Malaysia. Melalui penggunaanya meliputi 90% populasi di negara, ia dilihat berupaya membantu pentadbiran meningkatkan kecekapan saluran subsidi bersasar.