Kenaikan secara berkala harga minyak mentah Brent, diperhatikan berpotensi memberi kesan kepada harga runcit bahan api RON97, yang dijangka berupaya meningkat lagi.
Ini kerana menurut analisis penyelidikan TA Securities, sejak awal September – didapati harga Brent konsisten didagang lebihi $90 setong. Situasi ini berlaku kesan tindakan Arab Saudi dan Rusia yang telah laksana pemotongan pengeluaran di samping permintaan China pula kian melonjak.
Walaupun situasi ini masih di tahap sederhana namun aturan sedemikian berkemungkinan meningkatkan aliran inflasi dalam beberapa tempoh mendatang.
Seperti yang umum ketahui, ketika ini harga RON97 telah mula meningkat sebanyak RM0.10 kepada RM3.47 seliter bagi tempoh sehingga 27 September untuk pasaran negara. Sementara RON95 dan Diesel pula kekal tidak berubah dengan paras masing-masing RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Buat pengetahuan umum, berdasarkan pasaran semasa didapati harga sebenar RON95 tanpa subsidi adalah sekitar RM3.51 seliter, di mana juah lebih tinggi berbanding pelarasan siling negara RM2.05 seliter.