Dalam memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terpelihara, amalan penyewaan yang bertentangan disasar akan dibasmi secara berperingkat di Pulau Pinang. Ketika ini, pentadbiran negeri bercadang memperkenalkan undang-undang yang melarag pemilik rumah kos rendah sewakan unit mereka kepada warga asing, termasuklah kumpulan pekerja asing.
Tindakan itu seiring dengan gagasan memastika peluang perolehan kediaman kekal eksklusif kepada golongan berpendapatan rendah tempatan.
Selain tujuan tersebut, aturan ini bagi menjamin tahap keselamatan penduduk setempat kekal dilindungi. Langkah itu kini dimaklumkan dalam semakan di bawah Lembaga Perumahan Pulau Pinang (LPNPP) dan majlis tempatan – dijangka rang undang-undang tersebut bakal dikemukakan kepada jawatankuasa ekskutif negeri untuk proses penelitian.