Bermulanya Malaysia Digital Expo (MDX) 2023 pada hari ini, adalah sebahagian daripada agenda negara untuk memacu lagi penerapan digitalisasi pada sektor ekonomi. Setakat Ogos 2023, didapati lebih RM37.4 bilion komitmen pelaburan melibatkan pelbagai sektor teknologi digital telah diraih negara.
Melalui kebersamaan itu, dijangka ia berupaya meluaskan lagi pasaran tenaga kerja di Malaysia dengan sejumlah 15,895 pekerjaan bernilai tinggi diwujudkan. Usaha ini sekaligus memperkasakan matlamat negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
Agenda itu menurut Kementerian Komunikasi dan Digital pada sidang pelancaran MDX 2023 – secara terus akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing dan memacu aliran ekonomi digital. Terbaharu, bersama firma China, Malaysia telah meraih kesepakatan persefahaman bernilai RM19.84 bilion dalam kerjasama teknologi digital, diikuti RM8.3 bilion komitmen pelaburan ekonomi digital di London.
Maka melalui pelaksanaan MDX 2023, ini akan membantu negara terus fokus dalam mengukuhkan lagi ekosistem tenologi dan ekonomi digital negara bersama pemain ASEAN dan antarabangsa secara berperingkat.