Artikel

Ekonomi Malaysia Dijangka Sederhana Bagi Tempoh 6 Bulan – DOSM

Indeks Pelopor (IP) yang bertindak menjadi ukuran berhubung jangkaan keseluruhan aktiviti ekonomi negara bagi tempoh 4 bulan sehingga 6 bulan mendatang ecara purata kini memperlihatkan prestasi ekonomi Malaysia kekal sederhana dengan mata 109 pada Julai 2023. 

Walaupun pertumbuhan kekal sederhana, aliran ekonomi negara terus alami peningkatan apabila prestasi ini didorong pertambahan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan – naik 200.8%.

Namun aliran itu terkesan disebabkan tekanan kos dan ketidaktentuan ekonomi global. Meskipun alami kesan sedemikian, Indeks Perusahaan Bursa Malaysia kekal baik bersama nilai jualan dan pembuatan naik 0.1%. Sementara Indeks Serentak (IS) yang bertindak mengukur prestasi keseluruhan ekonomi semasa pula menunjukkan aliran semasa negara naik 2.2% bagi Julai 2023 pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Aliran itu disumbang antaranya disebabkan nilai caruman benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik sebanyak 15.5%, diikuti Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit turut naik 0.3%. Keadaan sederhana ini secara langsung menilai prestasi ekonomi negara kekal tumbuh walaupun di paras sederhana.