Artikel

RM500 Juta Wang Pusaka, Masih Tidak Dituntut

Sehingga kini terdapat sekitar RM500 juta Wang Menunggu Dituntut (WMD) dimaklumkan tersimpan dalam Amanah Raya Bhd. Didapati dana tertangguh itu berlaku kesan pihak pentadbiran tidak dapat menjejaki kumpulan pewaris. 

Melalui kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), situasi ini berlaku apabila pewaris bertindak berpindah, tidak memberi maklumat yang tepat serta dinamakan waris yang telah disahkan meninggal dunia. 

Perkongsian data pada sidang Konvensyen Reformasi Undang-Undang Pentadbiran Pusaka di Badan Peguam Malaysia minggu lalu ini turut menekankan masih ramai rakyat negara yang tidka peka akan pengurusan harta pusaka. 

Ini kerana tunggakan yang turut berlaku adalah disebabkan masiht erdapat kumpulan pewaris tidak memberi kerjasama, sering alami percanggahan pendapat serta gagal kemukakan dokumentasi yang lengkap buat pentadbiran. Hasilnya, WMD terus meningkat dan dana tidak dapat disalurkan dengan sempurna. 

Selain JPN, usahasama dengan Jabatan Pembangunan Perniagaan turut dilaksanakan untuk mengesan keluarga yang terlibat dalam tuntutan wang pusaka ini juga dijalankan.