Pasaran global ketika ini memperlihatkan harga beras mulai menurun, berbanding paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun. Keadaan ini disumbang apabila beras putih Thailan susut kepada $612 satu tan pada bulan ini berbandin $648 satu tan pada bulan lalu.
Mengikut pengamatan firma penyelidikan CGS-CIMB ini bagaimanapun secara puratanya harga beras masih lagi tinggi.
Namun dijangkakan larangan eksport yang tercetus disebabkan tindakan India ini bakal alami kestabilan semula. Menurut Persatuan Pengeksport Beras India, bagi musim luruh berdasarkan jumlah hujan yang mencukupi dan hasil tuaian yang lebih baik ia berpotensi meningkatkan semula pembekalan beras. Malah terdapat kemungkinan tindakan larangan tersebut boleh ditarik semula menjelang Disember 2023 ini.
Menyedari isu ini, di peringkat domestik – Malaysia telah meningkatkan kestabilan bekalan termasuklah meluaskan langkah pengeluaran tempatan untuk menjamin permintaan beras di negara kekal dipenuhi. Setakat ini Malaysia memiliki stok beras sebanyak 900,000 tan bersamaan dengan bekalan sehingga 5 bulan.
Walaupun pembekalan negara kekal terjamin, harga beras terus merekodkan pertumbuhan tinggi 3.0% – ini adalah kenaikan tertinggi sejak 2008. Susulan kesan larangan eksport yang dilaksanakan India pada Julai 2023 lalu.