Artikel

FoodPanda Dilapor Berhentikan Sebilangan Pekerja Di Asia Tenggara

Setelah langkah itu dilaksanakan pada September 2022 dan Februari 2023, FoodPanda – penyedia penghantaran makanan kini sekali lagi bertindak menjalankan langkah pengecilan tenaga kerja mereka, apabila kini didapati sebilang pekerja di Asia Tenggara diberhentikan. 

Aturan itu mengikut laporan melibatkan bahagian pengurusan dan operasi. 

Meskipun tidakmemberi sebarang maklum-balas akan tindakan tersebut, langkah ini dikaitkan dengan agenda syarikat induk mereka Delivery Hero yang berhasrat ingin melepaskan sebahagian kepentingan dalam FoodPanda di Asia Tenggara. 

Bagaimanapun tidak dinyatakan pihaknya mana yang terlibat dalam proses peralihan urus-niaga FoodPanda tersebut. Buat masa ini, Grab digambar antara pihak yang berpotensi meraih perolehan itu.