Artikel

Jumlah IPO Malaysia Dijangka Meningkat – Sasar Sehingga 40 IPO Dilaksanakan Pada 2023

Dalam memastikan aliran ekonomi kekal dirangsang, Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjamin Malaysia akan bertindak memudahkan proses penyenaraian pasaran bagi kalangan syarikat tempatan dan akan terus menarik lebih ramai kemasukan pelabur ke negara.

Melalui langkah ini, dijangka proses tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia kekal produktif dengan sasaran 35 hingga 40 IPO dapat dilaksanakan pada tahun ini. Berikutan lebih banyak kecairan berlaku pada pasaran semasa.

Bagi merealisasikan matlamat itu, SC sedang berusaha meningkatkan kecekapan proses IPO dan akan memastikan daya saing negara terus diperluaskan.

Buat pengetahuan umum, sejak tahun 2022 peningkatan jumlah IPO telah dicatatkan dengan 35 IPO (2022) dan 30 IPO (2021). Manakala dana IPO juga turut meningkat sejak 3 tahun daripada RM2 bilion (2020),  RM2.75 bilion (2021) dan RM3.15 bilion (sehingga November 2022).

Melalui petunjuk positif itu, SC pada sidang Invest Malaysia New York 2023 menyasakan usaha tersebut akan membantu negara memperkasakan peluang pelaburan bersama rantaian global secara berkala.