Artikel

BSN Perluas Inisiatif Sekolah Nirtunai – Di 113 Buah Sekolah Seluruh Malaysia

Untuk memastikan pendedahan pendigitalan kewangan berterusan dilaksanakan di peringkat awal, Bank Simpanan Nasional (BSN) kini memperkasakan lagi usaha Seklah Tanpa Tunai (nirtunai) pada persekolahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku hab baharu.

Melalui aturan ini, ia akan mendidik semua pelajar untuk meraih akses pembayaran secara nirtunai di kantin, kedai buku, koperasi mahupun dobi sekolah.

Secara menyeluruh, setakat Ogos 2023 lalu didapati sebanyak 113 buah sekolah di seluruh Malaysia telah menyertai program ini dan buat pengetahuan umum inisiatif tersebut telah mula dibangunkan sejak 2019 lagi.

Malah difahamkan tidak lama lagi, BSN turut akan perkenalkan saluran pembayaran alternatif melalui alat khas, wearable yang memudahkan urusan pelajar untuk berbelanja secara nirtunai.

Selain usaha ini, BSN kini turut melaksanakan agenda pendidikan lain antaranya Jelajah Celik Kewangan BSN 2023, bermula Mei lalui di seluruh sekolah di Malaysia. Melalui agenda itu ia membantu para pelajar lebih memahami akan cara memantau aliran perbelanjaan akaun BSN mereka menerusi peranti pintar.