Artikel

Sarawak Labur Lebih RM10 Bilion – Jadikan Bintulu Hab Gas Masam Bersepadu

Selaras dengan matlamat menjadikan negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, Sarawak kini menggandakan usaha mereka dalam industri sumber ekonomi serantau. Apabila bertindak menyuntik pelaburan melebihi RM10 bilion, menjadikan Bintulu sebagai Hab Pemindahan Gas Masam Bersepadu Sarawak (SISGES).

Gas masam iaitu gas asli atau sebarang gas lain yang mengandungi sejumlah bersar hidrogen sulfida.

Melalui langkah ini, Sarawak Shell Berhad akan bertindak membawa kepakaran teknikal dan pengeluaran, pemprosesan gas masam pada pembangunan yang berpangkalan di Tanjung Kidurong. Fasa 1 ini akan memperlihatkan pelaksanaan hab gas masam SISGES ini dijalankan pada platform Gas Pesisir Rosmari-Manjarom Bintulu Shell Loji.

Turut difahamkan loji Rosmari-Marjoram ini akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar di luar pesisir dan kuasa hidroelektrik darat melalui sistem grid kuasa Sarawak yang disokong di bawah Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC).

Buat pengetahuan umum, sebelum ini penerokaan gas masam dianggap tidak menguntungkan berikutan kos operasinya yang tinggi. Namun kesan kemasukan teknologi baharu dilihat berupaya melandaikan kos tersebut. Maka usaha antara Shell dan Petronas ini secara langsung akan membantu Sarawak meningkatkan lagi sumber ekonomi mereka khususnya dalam landskap tenaga rantau ini.

Selain penerokaan dalam minyak dan gas, Sarawak turut menzahirkan minat untuk segmen penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang ketika ini terdapat postensi di luar pesisir rantau ini. Bagaimanapun penelitian itu masih diteliti dan berupaya dilaksana dalam tempoh 10 tahun kelak.