Artikel

7-Eleven Jual 75% Kepentingan Dalam Caring Pharmacy – Pada Nilai RM675 Juta 

7-Eleven Malaysia kini memaklumkan akan melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy menerusi Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd (CSSSB) pada nilai RM675 juta. Langkah ini sekaligus memperlihatkan telah berlakunya jual beli bersyarat bersama BIG Pharmacy.

Berikutan tindakan itu, mengikut makluman Bursa difahamkan Motivasi Optima Sdn Bhd turut akan melupuskan 25% kepentingan mereka dalam Caring kepada BIG Pharmacy. Setelah aturan ini selesai, 7-Eleven memaklumkan akan beri tumpuan dalam mengembangkan segmen kedai serbaneka mereka.

Mengikut perancangan, hasil pelupusan tersebut iaitu 61.66% daripada RM675 juta iaitu RM416.19 juta akan disalurkan untuk kegunaan perkembangan kedai 7-Cafe serta membaik-pulih cawangan lama kepada format 7-Cafe. Selain itu, modal tersebut turut akan diserapkan dalam inisiatif pelaburan infrastruktur berkaitan dengan segmen kedai serbaneka secara berperingkat.