Setelah mengambil-alih FoodPanda pada tahun 2016, kini dimaklumkan Delivery Hero bertindak mahu menjual sebahagian pegangan perniagaan Asia mereka.
Mengikut laporan Reuters, firma penghantar makanan yang berpangkalan di Berlin-Jerman itu kini dalam perbincangan melepaskan kepentingan FoodPanda mereka di Singapura, Kemboja, Myanmar, Filipina, Thailand, Laos dan termasuklah Malaysia. Apa yang menarik dimaklumkan antara pembeli berpotensi yang dilaporkan adalah Grab.
Namun aturan ini tidak mendapat sebarang maklum-balas daripada Delivery Hero mahupun Grab akan kesepakatan peralihan tersebut. Setakat ini hasil ura-ura sedemikian, ia telah berjaya melonjakkan saham mereka sekitar 13.5% pada hari ini.