Walaupun aliran produktiviti dalam sektor ekonomi semakin meningkat, ini tidak mengugat nilai kekeluargaan dan kesejahteraan kalangan rakyat Malaysia – apabila didapati masih ramai lagi penduduk negara mengamalkan budaya makan bersama dan berinteraksi bersama kejiranan.
Mengikut data Bancian Malaysia 2020 : Kesejahteraan Penduduk ini, lebih 50% rakyat Malaysia mengekalkan amalan makan bersama di waktu tradisi. Ini meliputi kekerapan makan bersama 5 hingga 7 kali seminggu semasa sarapan (60.3%), makan tengah hari (57.1%) dan makan malam (75.9%).
Berdasarkan peringkat negeri pula didapati penduduk Sarawak antara negeri teratas yang mengamalkan tradisi tersebut dengan kekerapan tertinggi ketika sarapan (76.4%), makan tengah hari (72.0%) dan makan malam (86.0%). Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya pula jadi lokaliti kekerapan makan bersama penduduk terendah.
Manakala dari segmen interaksi kejiranan pula, 41.4% akui terlibat dalam interaksi bersemuka bersama jiran mereka setiap hari, diikuti 41.5% sekali seminggu dan 10.6% sekurangnya sekali sebulan.