Sepertimana yang umum ketahui, akhir Ogos lalu Kementerian Ekonomi dalam proses membangunkan kertas dasar untuk mengkaji mengurangkan permit diluluskan (AP) dan permit import (IP) pada pasaran negara. Langkah itu bertujuan meningkatkan kuasa beli rakyat negara secara berkala.
Berdasarkan langkah itu, kertas dasar tersebut kini dimaklumkan telah tersedia dan bakal dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mulai Oktober ini. Pentadbiran melihat usaha usul pengurangan AP dan IP ini akan membantu pasaran Malaysia melandaikan harga barangan terutamanya melibatkan harga barangan import.
Tindakan itu turut akan membantu sektor ekonomi menurunkan paras inflasi, yang sebelum ini berjaya diraih 2.0% pada Julai lalu.
Meskipun aturan ini masih diperingkat awal, Kementerian Ekonomi melihat ia berupaya meluaskan peluang buat sektor ekonomi negara untuk menambah-baik peraturan anti-monopoli dan meningkatkan lagi persaiangan dalam pasaran. Maka dengan usaha itu, langkah pelarasan harga yang lebih seimbang dapat dicapai semua pihak dan ini memberi kebaikan buat pengguna Malaysia.