Artikel

Malaysia Sasar Guna Teknologi Nuklear 40% Menjelang 2030

Dengan nilai pelaburan industri berjumlah RM2.4 bilion, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan penggunaan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang 2030.

Buat masa ini penggunaan teknologi tersebut di paras 20% dan akan dipertingkatkan menerusi pengenalan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN2030) untuk hala tuju bagi jangka masa panjang.

Pada penerapan itu, MOSTI menjelaskan akses teknologi tersebut adalah rendah dan hanya terhad kepada beberapa sektor ekonomi sahaja antaranya seperti perubatan. Selain itu, ia turut digunapakai dalam meningkatkan jaminan keselamatan makanan. Ini termasuklah dalam penghasilan beras berkualiti dan lebih tahan penyakit.

Adanya pemerkasaan bagi tempoh panjang di bawah DTNN 2030, aturan itu akan membantu Malaysia memanfaatkan teknologi nuklear dalam pembangunan sosio-ekonomi bersama 13 sasaran utama bersama pihak berkepentingan dalam sektor ekonomi.

Untuk makluman ini 6 sektor utama yang telah dikenalpasti dalam pembangunan dasar tersebut;

  • Perubatan dan penjagaan kesihatan
  • Makanan dan pertanian
  • Pembuatan, peranti dan peralatan
  • Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Asli
  • Aplikasi Perindustrian
  • Keselamatan dan Sekuriti Nuklear