Artikel

56% Rakyat Malaysia Kekal Minat Beli Rumah Dalam Masa 1 Tahun – Tatkala Kos Melonjak

Dalam masa setahun mendatang, lebih separuh (56%) rakyat Malaysia cenderung untuk membeli rumah meskipun harga pasaran dijangka kian meningkat. 

Pemerhatian data PropertyGuru di bawah Kajian Sentimen Pengguna (CSS) ini memperincikan matlamat pengguna untuk memiliki aset kekal tinggi meskipun terdapat risiko dalam pelarasan harga hartanah. Ini dapat diperlihat apabila 87% responden akui harga hartanah yang melonjak menjadi faktor halangan buat mereka merealisasikan hasrat pembelian. 

Tambahan dari Jun 2023 didapati aliran permohonan pinjaman telah merekodkan penurunan dan persekitaran itu sekaligus menjadikan penyertaan dalam urusniaga hartanah lebih rendah pada suku kedua 2023 lalu. 

Walaupun begitu, susulan permintaan kalangan rakyat kekal tinggi, PropertyGuru menjangkakan aliran pasaran rumah negara akan beransur stabil pada 2024. Malah sokongan pentadbiran Malaysia dalam mewujudkan pelbagai dasar ekonomi baharu kelak seperti Dasar Gaji Progresif dijangka dapat memberi pulangan yang pada pendapatan rakyat negara secara berperingkat. 

Usaha ini tidak sekadar memberi manfaat kepada pasaran hartanah tetapi merangkumi seluruh aspek sektor ekonomi di Malaysia dalam aliran perbelanjaan.