Artikel

RON97 Naik 10 Sen – Harga Kini Cecah RM3.47 Seliter 

Penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu baharu, untuk tempoh 21 September sehingga 27 September 2023 – didapati kenaikan telah berlaku ke atas penggunaan minyak RON97, yang kini naik 10 sen.

Menerusi kenaikan dalam tempoh itu, RON97 di paras harga RM3.47 seliter, sementara RON95 pula kekal di paras RM2.05 seliter dan Diesel pula RM2.15 seliter.

Berlandaskan pasaran semasa, kenaikan RON97 ini didorong kesan ketidakseimbangan minyak mentah dunia. Meskipun berlaku situasi sedemikian, Kementerian Kewangan (MOF) kekal optimis laksana pemantauan turun naik harga minyak dalam menjamin kebajikan pengguna negara.