Malaysia terus mempergiatkan nilai tambah dalam menyokong pembangunan ekonomi digital negara, pada agenda itu sebuah dasar digital yang lebih inklusif dimaklumkan bakal diwujudkan tidak lama lagi.
Langkah itu setakat ini telah mendapat maklum-balas yang positif daripada pemain sektor teknologi serantau. Menurut Kementerian Ekonomi pada sidang Dewan Negara, pihaknya telahpun melaksanaka pertemuan melibatkan wakil Google, Amazon Web Services, Microsoft dan IBM.
Kesemua syarikat teknologi ini menzahirkan sokongan akan usaha negara untuk menghasilkan lebih ramai bakat digital tempat yang berkemahiran tinggi. Melalui usaha ini secara langsung akan membantu negara menstrukturkan semula sekttor ekonomi di masa hadapan.
Dalam menambahbaik nilai pada pembangunan ekonomi digital ini, kerajaan turut melibat segmen penyelidikan dan pembangunan (R&D) wajar diutamakan pada aspek peruntukan.
Melalui pemerkasaan segmen ini, ia akan membantu negara meningkatkan kecekapan dalam mengenalpasti potensi pelaburan berasaskan permintaan pasaran. Untuk tujuan itu, Malaysia menyasarkan perbelanjaan kasar R&D dapat dicapai 2.5% dan sumbangan perbelanjaan R& swasta kepada keseluruhan pula sebanyak 70% menjelang 2025 kelak.
Selain dasar digital yang lebih inklusif, dasar inovasi sosial turut akan diluncurkan pada November 2023 ini – yang akan bertindak memberi galakaan daya cipta pada peringkat awal bakat Malaysia. Berdasarkan usaha berterusan ini, kerajaan optimis agenda itu berupaya meningkatkan potensi Malaysia untuk meneroka lebih banyak peluang pada pasaran ekonomi global secara berperingkat.