Artikel

Konvensyen Startup Tempatan Bakal Dilaksanakan – Sasar Hasilkan Lebih Ramai Teknousahawan

Senada dengan matlamat negara untuk tampil selaku kelompok 20 negara utama yang memiliki ekosistem startup terbaik dunia menjelang 2030 – Malaysia tidak lama lagi akan menganjurkan satu konvensyen startup bagi menyokong negara, kekal komited dalam menghasilkan lebih ramai teknousahawan tempatan di pasaran. 

Usaha ini menurut Kementerian Ekonomi akan membantu negara meningkatkan kecekapan peralihan struktur ekonomi ke arah industri berasaskan teknologi dan digital. Penjelasan pada sidang Dewan Negara hari ini adalah sebahagian usaha pentadbiran untuk memacu sektor ekonomi negara meneroka peluang pelaburan baharu. 

Fokus lain yang turut diutamakan adalah inisiatif meningkatkan sumber pembiayaan dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Buat pengetahuan umum, tahun 2023 sahaja geran sejumlah RM266 juta telah diperuntukan kepada startup negara bagi membangunkan lebih ramai pelapis berstatus unikon.

Berdasarkan jumlah itu, sekitar RM63.9 juta peruntukan geran telah disalurkan pada arena startup tempatan.