Artikel

Malaysia Perlu Tanggung Subsidi Lebih RM100 Bilion, Jika Harga Minyak Dunia Capai $100 Setong

Jika harga minyak mentah dunia mencecah $100 setong kelak, pentadbiran Malaysia disasar perlu menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun – keadaan ini secara langsung memerlukan sistem subsidi bersasar yang lebih teratur diwujudkan pada sektor ekonomi negara.

Menurut Kementerian Ekonomi pada sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam (19 September) di sidang Parlimen – senario sedemikian yang wajar dititikberatkan Malaysia, untuk melindungi agihan subsidi daripada terus tertiris kepada pihak yang tiada keutamaaan.

Maka melalui Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka akan tersedia mulai Januari 2024 kelak, diperhatikan akan menjadi medium terbaik negara untuk memperincikan data penduduk, tidak hanya kepada kelas pendapatan tetapi merangkumi aspek jumlah tanggungan, jenis pekerjaan, pemilikan aset, jarak ke lokasi pekerjaan serta komitmen yang dipikul. 

Kesemua aspek ini sekaligus akan membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar dan lebih memahami kumpulan individu yang selayaknya meraih bantuan ini tanpa mengikut aras kelas pendapatan T20, M40 dan B40. 

Setakat 2022 sahaja, kerajaan telah menanggung lebih RM80 bilion subsidi oukal bagi ROn95, diesel, gas petroleum cecair dan elektrik tatkala ketika ini harga minyak mentah dunia diparas $95 setong.

Adanya pengenalan PADU kelak, ia tidak sekadar membantu negara memastikan peruntukan subsidi di negara dapat dilaksanakan dengan lebih cekap tetapi turut membantu penduduk Malaysia meraih manfaat bantuan berlandaskan pendapatan boleh belanja bersih.