Artikel

Harga Sayur Mungkin Naik – Perubahan Cuaca Jejas Bekalan

Berikutan berlakunya fasa peralihan monsun, dijangka situasi itu bakal memberi kesan ke atas pengeluaran sayru-sayuran di Malaysia. Ini membawa petanda harga ke atas pengguna berkemungkinan meningkat dalam beberapa bulan mendatang. 

Mengikut pemerhatian Persekutuan Persatuan Penjual Sayuran di negara, fasa peralihan monsun disasar berterusan sehingga November kelak dan antara jenis sayuran tempatan yang bakal memperlihatkan kenaikan harga adalah kategori berdaun seperti bayam dan sawi. 

Tidak hanya itu, kawasan seperti Cameron Highlands juga turut akan terjejas susulan perubahan hujan yang akan memberi kesan kepada pengeluaran tomato, timun Jepun serta sawi. 

Mengikut pasaran semasa, kebanyakkan sayur telah memaparkan kenaikan 20% pada harga jualan dan antaranya seperti tomato yang alami kenaikan dua kali ganda antara RM6-RM6.50 sekilogram. 

Maka disebabkan kesan perubahan cuaca ini, setiap pembekal telah mengambil maklum akan berlakunya peningkatan harga pada peringkat perolehan bekalan mereka. Oleh itu pengguna juga perlu bersedia akan situasi yang sama, ini kerana kenaikan bahan mentah secara langsung akan berlaku disebabkan peniaga perlu menampung kos operasi di peringkat jualan.