Artikel

49% Pencari Kerja Di Malaysia Akui Ingin Ketahui Kadar Gaji Pada Iklan, Sebelum Memohon

Pasaran pekerjaan di Malaysia terus memaparkan dinamik yang positif, apabila kadar pengangguran di negara kekal menurun mencatatkan paras kepada 3.4% setakat Jun 2023 lalu.

Penurunan ini secara langsung mencerminkan aliran penawaran pekerjaan di pasaran semakin membrangsangkan, keadaan ini dipacu susulan keperluan melibatkan pendigitalan kian melonjak. Aliran itu dapat diperlihat pada tinjauan Panduuan Gaji 2023 Jobstreet yang memperincikan industri komputer dan teknologi maklumat jadi antara industri miliki pertumbuhan gaji pertengahan tertinggi, naik 28% (RM1050). 

Data ini sekaligus seiring dengan matlamat pelaburan ekonomi digital negara, yang menyasarkan pertumbuhan positif. Setakat 6 bulan pertama 2023 sejumlah RM28.4 bilion pelaburan ekonomi digital berjaya di raih negara. 

Selain itu, industri pembuatan turut diperlihat alami pertumbuhan yang baik apabila menjadi antara industri yang menawarkan peningkatan pekerjaan di pasaran negara. Penawaran tersebut alami peningkatan 12.6%.

Manakala dalam penawaran gaji di peringkat negeri pula ternyata, kebanyakan bandar utama memperlihatkan penurunan paras gaji. Ini berlaku di bandar utama seperti Georgetown-Penang, Ipoh-Perak, KL, Shah Alam/Subang, Melaka dan Johor Bahru.

Malah selain daripada pertumbuhan ini, tinjauan turut dapati kini semakin ramai pemohon pekerjaan menginginkan pemaparan kadar gaji pada pengiklanan pekerjaan yang dilaksanakan. Di mana 49% daripada pemohon pekerjaan akui ingin ketahui aspek sedemikian, bagi memastikan ketelusan penawaran pasaran kerja setimpal dengan kelayakan mereka. 

Perolehan data ini dilihat telahpun menjadi antara faktor yang akan diteliti Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak lama lagi, Untuk makluman ia akan disemak berasaskan usul Akta Iklan Gaji yang wajibkan majikan untuk telus pada pemaparan kadar gaji.

Bagaimanapun aturan itu masih diperingkat awal dan hanya akan diperincikan setelah penelitian mengikut dasar pekerjaan negara dilaksanakan kelak.