Artikel

CTOS Kini Miliki 3 Juta Pengguna, Maklum Tahap Skor Kredit Rakyat Malaysia Semakin Baik

Tatkala ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan, tahap kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia dilihat semakin positif apabila menunjukkan purata laporan kredit pengguna membrangsangkan dengan kenaikan daripada 663 kepada 678 skor – dalam tempoh 3 tahun. 

Tinjauan CTOS, penyedia laporan kredit pengguna negara ini mendapati aliran tersebut didorong hasil pemahaman rakyat negara akan kepentingan pengurusan wang. Peningkatan skor itu secara langsung menunjukkan tahap pinjaman rakyat juga semakin baik. 

Skor Penilaian Skor Kredit Anda
  Cemerlang! Prestasi pengguna cemerlang dan akan diberi keutamaan
  Sangat Baik! Kumpulan pengguna turut diberi keutamaan
  Baik! Prestasi pengguna di paras sederhana tinggi, melayakkan perolehan kredit baru
  Sederhana. Pengguna kekal ditawar produk kewangan namun tidak diutamakan
  Rendah. Pengguna berpotensi alami masalah ketika memohon kredit
  Lemah. Permohohan pengguna berpotensi ditolak.
  Skor pengguna tidak dapat diukur susulan maklumat tidak mencukupi

Maka pada perincian itu, dapati dilihat purata skor kredit rakyat Malaysia adalah ditahap sederhana dan layak ditawarkan produk kewangan di negara. Berdasarkan prestasi negeri, terdapat 5 negeri menunjukkan prestasi positif ianya adalah Pulau Pinang (689), Selangor (682), Kuala Lumpur (681), Perak (680) dan Melaka (680).

Melihat pada perkembangan itu pada sidang kerjasama antara Kekal Impian Sdn Bhd semalam (19 September) – keyakinan pengguna terhadap khidmat CTOS juga didapati meningkat apabila kini memiliki hampir 3 juta pengguna aktif. Penambahan jumlah itu dijangka berupaya mencapai 3.3 juta pengguna aktif menjelang akhir 2023.

Selain Malaysia, CTOS turut ingin meluaskan jejaknya pada pasaran antarabangsa apabila kini telah mengambil alih firma skor kredit Indonesia dan Filipina pada nilai lebih RM29 juta. Peralihan itu melibatkan firma FinScore pada akhir Ogos lalu.