Artikel

Bubbles O2 Raih Suntikan Pelaburan RM5 Juta, Bakal Teroka Pasaran Antarabangsa Pada 2023-2025

Bubbles O2, pengeluar air mineral negara kini dalam usaha meluaskan jejak perkhidmatan mereka di rantau Asia termasuklah pasaran Timur Tengah dalam tempoh 2023-2025 mendatang. 

Aturan itu akan memperlihatkan penyertaan Bubble O2 pada pasaran antarabangsa. Mengikut segmen pemasaran – jenama dimaklumkan akan mula memasuki pasaran di San Francisco dan Puerto Rico, Amerika Syarikat (AS) mulai suku pertama 2024. Tidak hanya itu persediaan selanjutnya akan turut tertumpu di Kanada, Indonesia, Thailand serta negara di Timur Tengah. 

Buat pengetahuan umum mengikut sokongan perluasan itu, Bubbles O2 telah meraih suntikan pelaburan berjumlah RM5 juta di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) iaitu agensi KUSKOP. Rangsangan ini diimbangi hasil prestasi Bubbles O2 yang telah berjaya mencatatkan jualan sekitar RM3.7 juta di seluruh Malaysia pada tahun lalu dan terbaharu operasi berjaya meraih RM6.7 juta jualan setakat Jun 2023.

Maka melalui perolehan suntikan tersebut, ini tidak sekadar memacu agenda Bubbles O2 untuk perluas produk tempatan tetapi usaha ini turut berpotensi meningkatkan penjualan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2024 dan 2025.