Kini lebih 9,500 maklum balas telah dirah Kementeri Kewangan berhubung pandangan pada pembentangan Belanjawan 2024 kelak. Susulan penerimaan itu, MOF memaklumkan Cadangan Belanjawan 2024 ini akan dilanjutkan sehingga 22 September ini.

Rentetan lanjutan itu, orang awam boleh layari Cadangan Belanjawan 2024 bagi berkongsikan persepektif anda sberkenaan bajet negara yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Medium tersebut menyediakan sekitar 19 kategori untuk memudahkan rakyat melontarkan idea mereka berhubung kerangka belanjawan. Ia meliputi;
- Subsidi bagi Makanan Asas dan Petrol
- Pengangkutan Awam
- Pendidikan Berkualiti
- Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan
- Rumah Mampu Milik
- Pemerkasaan Komuniti
- Pembiayaan Perniagaan
- Peluang Pekerjaan
- Kemudahan Kesihatan Awam – meliputi Kesihatan Mental
- Insiatif Hijau bagi Agenda Kelestarian
- Pelaburan Strategik dalam Sektor Utama
- Sains, Teknologi dan Inovasi
- Infrastruktur Awam – Akses Jalan Raya, Bekalan Elektrik, Air, Jaringan Internet
- Bantuan Pemulihan bagi sektor tumpuan – Pelancongan, Kreatif, Peruncitan, Pertanian
- Kecekapan Tadbir Urus Kerajaan
- Pembangunan Ekonomi MADANI
- Kecekapan Perbelanjaan dan Hasil Kerajaan
- Perlindungan Sosial
- Kecekapan dan Ketelusan Tadbir Urus Kerajaan
Setakat ini terdapat 24 sesi libat urus telah telah dilaksanakan negara bersama agensi kerajaan dalam memahami pelbagai cadangan bersama pemain industri dan negeri.