Artikel

McDonald’s Korea Menampilkan Kiosk Berpandu Suara – Bantu Pengguna Cacat Penglihatan Buat Pesanan 

Selain menyediakan akses pesanan yang lebih mudah menerusi mesin pesanan layan diri dan imbasan kod QR di meja pelanggan, McDonald’s kini perluas dengan kemudahan akses kiosk layan diri berpandukan audio suara untuk mudahkan pengguna cacat penglihatan membuat pesanan.

Akses ini untuk peringkat awal dilaporkan telahpun diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2021 kini mula diperluas di beberapa cawangan Korea Selatan, berhampiran dengan pusat membantu individu berdepan masalah penglihatan dan sekolah untuk orang buta.

Pada kemudahan itu, individu berkaitan boleh memasangkan fon telinga mereka pada kiosk terbabit. Ini akan membantu kumpulan tersebut laksana pesanan meskipun ketika dalam persekitaran yang bising.

Menerusi penerapan akses ini, ia menjadikan cawangan McDonald’s di Korea sebagai cawangan Asia pertama yang melaksanakan kemudahan tersebut di pasaran.