Artikel

Pengenaan Cukai Industri Sawit Kini Diteliti, Disasar Selesai Tahun 2024

Negara selaku pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia kini dalam pertimbangan teliti pengenaan cukai pada industri sawit. Diimaklumkan semakan kajian tersebut berpotensi diselesaikan pada tahun hadapan. 

Perkongsian pada sidang Parlimen itu, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang dikaji, bagaimanapun perincian cukai yang dimaksudkan tidak diperjelaskan oleh pihak mereka ke atas. Setakat ini pertimbangan tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan (MOF). 

Meskipun tidak memberi penjelasan lanjut akan kajian pengenaan cukai industri sawit yang sedang disemak – kementerian memaklumkan pihaknya mengambil berat akan setiap saranan pemain industri khususnya melibatkan pengenaan cukai keuntungan luar biasa yang didepani para pemain.

Antara lain yang turut dikongsikan, industri sawit negara akan terus alami pemacuan dalam sokongan teknologi – untuk meningkatkan lagi kecekapan tuaian dan pembekalan di pasaran antarabangsa.