Artikel

Malaysia Raih RM132.6 Bilion Pelaburan Diluluskan – Sepanjang 6 Bulan Pertama 2023

Persekitaran ekonomi negara semakin membrangsangkan apabila bagi 6 bulan pertama 2023, Malaysia berjaya meraih pelaburan yang diluluskan sekitar RM132.6 bilion. 

Angka ini pada pengamatan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpotensi membawa pertumbuhan yang lebih kukuh pada separuh kedua 2023 kelak. Malah prestasi tersebut telah mencapai 60.3% daripada sasaran tahunan Malaysia. 

Sekiranya ia berterusan dikekalkan MITI menjangkakan prestasi itu berupaya mencerminkan purata 10 tahun sekitar RM222.6 bilion – dalam menarik penyertaan pelaburann berkualiti ke negara.

Buat pengetahuan umum, jumlah pelaburan itu merangkumi sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama yang libatkan 2,651 projek sepanjang 6 bulan pertama 2023 ini. Melalui kelulusan pelaburan tersebut – dijangka sekitar 51,853 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Malaysia.