Artikel

FGV Sasar 50% Setiap Dapur Isi Rumah Di Malaysia – Guna Produknya Menjelang 2030

Seraya memastikan rangkaian bekalan makanan terus terjamin mengikut kehendak semasa, FGV Holdings optimis bersama matlamatnya untuk mencapai 50% daripada setipa dapur isi rumah di Malaysia menggunakan produk rangkaian mereka – menjelang 2030. 

Usaha ini dapat direalisasikan seiring dengan aturan mereka yang kini meningkatkan pengeluaran minyak sawit pada produktiviti. Aturan itu turut merangkumi pengeluaran melibatkan nanas, pisang dan beras. 

Malah dalam mempelbagaikan lagi kecekapan penghasilan produk, FGV turut meningkatkan perbelanjaan mereka pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) – sekitar RM20 juta. Langkah ini tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran pertanian sahaja turut meliputi makanan. 

Sementara bekalan minyak sawrit pula, ketika ini persekitaran di Malaysia kekal positif susulan pembekalan minyak sawit mencukupi didorong pengeluaran MSM negara lebihi keperluan tempatan dengan pengeluaran 18.5 juta hingga 20 juta tan setahun dicapai berbanding keperluan domestik 2 juta tan sahaja.