Artikel

Jumlah Pelancong Domestik Melonjak, Didapati Berbelanja RM21.9 Bilion Di Malaysia – DOSM

Prestasi bulan April sehingga Jun 2023, menunjukkan aliran pelancongan domestik negara semakin meningkat apabila sejumlah 54.5 juta pelawat domestik dicatatkan. Angka itu menunjukkan berlakunya lonjakan 20%. Lebih menarik jumlah itu turut merangsang aliran perbelanjaan dalam pelancongan domestik Malaysia.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, sebanyak RM21.9 bilion perbelanjaan dicatatkan pada kemasukan tersebut dalam ekonomi pelancongan dalam negara. Ini meningkat sekitar 23.9% dari tahun ke tahun. Persekitaran itu dimaklumkan didorong hasil peningkatan pelancongan domestik di seluruh negeri di Malaysia selepas pandemik COVID-19.

Berdasarkan tinjauan, aktiviti membeli-belah jadi komponen terbesar dengan RM24.94 bilion dalam perbelanjaan pelancongan domestik – di mana Selangor mengungguli kegiatan itu dengan RM3.85 bilion, disusuli KL RM3.71 bilion dan Sarawak RM2.33 bilion.

Sementara aktiviti perbelanjaan yang turut mencatatkan peningkatan adalah segmen makanan dan minuman, pembelian bahan api kenderaan, serta pengangkutan. Manakala Pulau Pinang dan Labuan pula jaditumpuan utama sebagai destinasi percutian dalam kalangan pelancong domestik negara.